Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Selamat menduduki UPSR 2013

Kepada semua murid tahun 6 SKSK..
selamat berjaya diucapkan..semoga mendapat ketenangan semasa menjawab semua soalan..


Semoga berjaya mencapai impian dan target... 5A

Tuesday, July 30, 2013

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa 2013

      “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa"

[Al Baqarah:183]

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 
BERBUKA PUASA 
&
SOLAT HAJAT 
SEMPENA PROGRAM IHYA'RAMADHAN

Tarikh : 1 Ogos 2013
Hari : Khamis
Tempat : SK Sg Kelamah (F)

Anjuran 
Panitia Pendidikan Islam 
SK Sungai Kelamah (F)
73400 Gemas
Negeri Sembilan Darul Khusus

Aturcara
Majlis Khatam Al-Quran Berbuka Puasa & Solat Hajat 1434 H/2013M


6.20 petang
Ketibaan Murid-Murid dan AJK PIBG

6.35 petang
Majlis khatam Al Quran

7.25 petang
  Berbuka Puasa

7.40 petang
Solat Maghrib
Solat Hajat (UPKK & UPSR)

8.38 malam
Solat Isyak Dan Solat Terawih

10.40 malam
Moreh

11.00 malam
Bersurai

Ahli Jawatankuasa Induk
Majlis Khatam Al-Quran Berbuka Puasa & Solat Hajat 1434 H/2013M
 PENGERUSI

EN MAZLAN BIN HJ SULAIMAN
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI

PN ROBIAH BINTI CHE ZIN
(GPK HAL EHWAL MURID)

NAIB PENGERUSI 1

PN NIRMALA DEVI A/P MARIAPPAN (GPK  KURILKULUM)

NAIB PENGERUSI 2

PN ZARINA BINTI ZAINAL
(GPK KO KURIKULUM)

PENYELARAS

PN NORIAH BT SENIN

SETIAUSAHA

PN SITI HAJAR BT MAAMOR

BENDAHARI

PN NORHAYATI BT MD AMIN

AHLI JAWATANKUASA

EN MOHD KARIM BIN KADIR
PN KHAIRANI BT ISMAIL
PN AZIYAH BT RAMBLY

Ahli Jawatankuasa Kerja
Majlis Khatam Al-Quran Berbuka Puasa & Solat Hajat 1434 H/2013M
 PENGACARA MAJLIS
En Mohd Marzuki bin Husin


MAM & MAJLIS KHATAM QURAN
Ustaz Mohd Khoir bin Saidina Abu Bakar


BUKU PROGRAM
Pn Khairani binti Ismail


PA SISTEM
En Sharizal bin Piai


PERSIAPAN TEMPAT(Sebelum Majlis)
Pn Noriah binti Senin
En Mohd Nawawi bin Ahmad
Pn.Nor Hanizah Bt Hj Adam
Pn Norfaradila binti Abdullah


PERSIAPAN TEMPAT(Selepas Majlis)
Pn Siti Hajar binti Maamor
En Mohd Khairul Hafizan
Pn Maslinda bt Mohammad
En .Azizul Hakim bin Idris
En. Mohd Azli Bin Aziz
Pn Nor Anisa bt Abu Bakar
Pn.Zaimah Bt Ngaiman

 KAWALAN MURID
En Azril Farid bin Abdullah
Pn Norlela bt Abd Hamid
Pn Che Maznah binti Kasim
Pn.Azmira Aina Bt Mohd Arif

PERALATAN
En Mohd Karim bin Kadir
En Mohd Azli bin Aziz

CENDERAHATI
Puan Khairani binti Ismail
Pn Norhayati bt Md Amin
Cik Meriam bt Daud
Pn .Thilageswari a/p Kanagasingam

JURUGAMBAR
En Mohd Marzuki bin Husin

JAMUAN
Pn.Norizah bt Hj Samad
Pn.Zainon Bt Buyong
Pn. Ema Malisa Bt M. Kamal
Pn.Amy Rosmiza Bt Rosli
Pn. Intan Syafinaz Bt M.Kamal
Pn. Azilawati Bt Daud

JAMUAN MOREH
Semua Guru

 DOKUMENTASI
Pn Aziyah bt Rambly

       “Sesungguhnya di surga ada pintu yang dinamakan Ar Rayyan, yang akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, dan tidak ada yang memasuki melaluinya kecuali mereka. Dikatakan: “Mana orang-orang yang berpuasa? Maka mereka berdiri, dan tidak ada yang memasukinya seorang pun kecuali mereka. Jika mereka sudah masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak ada lagi seorang pun yang masuk melaluinya.”

(HR. Bukhari No. 1797, 3084, Muslim No. 1152,
At Tirmidzi No. 762, Ibnu Majah No. 1640)

Monday, July 29, 2013

Ihya' Ramadhan

Sepanjang Bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Islam menjalankan program Ihya' Ramadhan. Antara pengisian program ialah:

  1.  Kuiz Agama Islam setiap pagi Selasa hingga Khamis semasa perhimpunan pagi
  2. Tazkirah setiap hari Jumaat
  3. Tadarus Al-Quran setiap hari Selasa hingga Khamis bermula pukul 7.45 pagi sehingga pukul 8.15 pagi
  4. Majlis Iftar dan Khatam Al-Quran

Sunday, July 28, 2013

Percubaan UPSR

Bermula 29 julai 2013 sehingga 31 Julai 2013, Murid-murid tahun 6 akan menjalani peperiksaan percubaan UPSR.

Pada masa yang sama, murid-murid tahun 4 dan 5 juga menjalani ujian bulan Julai.

Sunday, July 10, 2011

1 MURID 1 KECERGASAN

9 Julai 2011 (Sabtu)
Telah berlangsung majlis pelancaran sempena Bulan Kecergasan.
Majlis dimulakan dengan Ucapan Guru Besar SKSK, En. Mazlan bin Hj. Sulaiman, kemudian diikuti oleh ucapan YDP PIBG En. Ibrahim bin Pendek dan seterusnya ucapan perasmian bulan kecergasan SKSK oleh Pengurus FELDA Sungai Kelamah En Azmi.

Seterusnya...Acara teng-teng yang merupakan permainan yang melibatkan 2 kumpulan yang terdiri daripada 9 ahli bagi setiap kumpulan mengikut rumah sukan.

1 kumpulan berada di luar gelanggang manakala kumpulan lawan berada di dalam gelanggang sambil memegang riben. kumpulan yang berada diluar gelanggang perlu masuk ke dalam gelanggang dengan berketingting sebelah kaki dan menyentuh ahli di dalam gelanggang seterusnya merampas riben ahli tersebut.ahli diluar gelanggang bergilir-gilir masuk ke dalam gelanggang. tempoh masa permainan ialah 2 minit.

Selepas rehat, aktiviti diteruskan dengan acara galah panjang namun pertandingan galah panjang terpaksa ditangguhkan dan diganti dengan acara kuiz kesihatan keranan hari hujan. murid dibenarkan pulang pada jam 12.00 tengahari.

1 MURID 1 SUKAN

Aktivti larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia telah berlangsung pada 2 Julai 2011.
Aktivti bermula seawal jam 7.00 pagi dengan senamrobik, menonton ucapan pelancaran di TV RTM dan seterusnya tepat jam 7.45pagi, larian serentak 1 Malaysia telah berlangsung.


Antara aktiviti yang berlangsung selepas larian tersebut ialah pertandingan bola jaring (P) antara rumah sukan dan juga pertandingan bola sepak (L) antara rumah sukan.
Aktiviti tamat pada jam 12.00 tengahari dan murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sunday, June 26, 2011

Kejohanan Sukan Tahun Kali ke-33 Tahun 2011

Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah akan menjalan kejohanan sukan tahunan kali ke-33 pada tahun 2011.
pelbagai acara sukan untuk murid dan ibu bapa serta para belia Felda Sungai Kelamah.
Acara akan diadakan pada 28 Jun 2011 iaitu pada hari Selasa bermula jam 2.30 petang.
Bersama-samalah kita menyokong sukan sekolah.
Kepada para ibu bapa dan warga Felda Sungai Kelamah, dijemput hadir memriahkan majlis dan menyokong generasi muda....

Acara yang bakal dijalankan semasa kejohanan ialah:

A: ACARA SUKANEKA MURID

  1. LARI BAWA BOLA TAHUN 1 LELAKI
  2. LARI JUNJUNG PUNDI KACANG TAHUN 1 PEREMPUAN
  3. LARI BAWA BOLA PING PONG TAHUN 2 PEREMPUAN
  4. LARI SUSUN TIN TAHUN 2 LELAKI
  5. MEMBALING SASARAN (GELUNG) TAHUN 3 PEREMPUAN
  6. MEMBALING SASARAN (BOLA) TAHUN 3 LELAKI
  7. LARI SKIPPING TAHUN 4 PEREMPUAN
  8. LARI GELEK TAYAR TAHUN 4 LELAKI
  9. BALING PUNDI KACANG TAHUN 5 PEREMPUAN
  10. LARI GELEK TAYAR TAHUN 5 LELAKI
  11. LARI BAWA BOLA DENGAN KAYU HOKI TAHUN 6 PEREMPUAN
  12. TEROMPAH GERGASI TAHUN 6 LELAKI.
B: ACARA BALAPAN
  1. 4 X 100 m (P) 
  2. 4 X 100 m (L)
  3. 100 m (P) TAHUN 5
  4. 100 m (L) TAHUN 5
  5. 100 m (P) TAHUN 6
  6. 100 m (L) TAHUN 6
C: ACARA SUKANEKA IBU BAPA, PEGAWAI DAN BELIA


  1. ACARA KAUM IBU
  • KUPAS KELAPA DENGAN PARANG
  • JUNJUNG PUNDI KACANG ATAS DAHI
    2. ACARA KAUM BAPA
  • KUKUR KELAPA
  • BAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU
    3.  ACARA PEGAWAI

  • KERUSI BERIRAMA (L)
  • KERUSI BERIRAMA (P)
    4.   ACARA BELIA

  • SUSUN BATU BATA (L)
  • TIUP BELON SAMPAI PECAH (P)
    5.   ACARA GURU / PIBG

  • CARI 5 BARANG TERSEMBUNYI
BERSAMA-SAMALAH KITA MEMERIAHKAN KEJOHANA SUKAN SK SUNGAI KELAMAH....
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI...

Monday, June 20, 2011

Selamat Menduduki Ujian Canang kepada Pelajar Tahun 6

Selamat menduduki Ujian Canang kepada semua Pelajar Tahun 6 SKSK. Semoga semuanya dapat mejawab dengan tenang.
tarikh ujian canang : 21 Mei 2011 hingga 23 Mei 2011

Sunday, May 22, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan pertengahan Tahun 2011

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 (PKSR 1) kepada semua murid SK Sungai Kelamah 'RKTP'.
Semoga semuanya dapat menjawab soalan dengan baik.



Semoga berjaya

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Pada Tanggal 16 Mei setiap tahun, seluruh negara menyambut Hari Guru yang mana meraikan guru- guru di seluruh Malaysia..Pelbagai aktiviti yang dijalankan mengeratkan lagi hubungan diantara guru dan warga sekolah.
16 Mei 2011, SK Sungai Kelamah juga tidak ketinggalan menyambut hari yang penuh bermakna ini..
Majlis sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan terbuka SKSK dengan diiringi paluan kompang dari pasukan kompang SKSK


sejurus selesai bacaan ucapan pengarah pelajaran dan menteri Pelajaran malaysia serta ucaapn YDP PIBG, GB,dan wakil murid, guru-guru SKSK berikrar dan menyanyikan lagu guru malaysia dan lagu tema hari guru 2011.


majlis rasmi ini diakhiri dengan sesi fotografi yang diabadikan oleh EN. FIKRY BIN ADNAN. dan juga EN. KAMALLUDIN BIN NORDIN.

Acara seterusnya adalah acara sukaneka. antara acara yang dipertandingkan ialah Boling kampung, Kain pelikat sape ni?? dan Opocot ..Mak kau!Basah...terdapat juga acara bermain bola sepak antara guru dan murid dengan memakai kain pelikat.

Acara kemuncak sambutan haru guru 2011 SKSK ialah acara penyampaian hadiah, persembahan dan anugerah. terdapat 4 persembahan ari murid iaitu pertunjukan pakaian beragam tahap 1, nyanyian lagi terima kasih guru dari murid tahun 4, tarian lagu jatuh cinta lagi dari murid tahun 5A dan bacaan sajak oleh murid tahun 6, Ariena hanis.

Anugerah guru Popular disandang oleh Pn. Ema Malisa bt Mohd Kamal dan En. Mohamad bin Bidin. Manakala anugerah Tokoh guru 2010 pula disandang oleh En. Mohd Khairulhafizan bin Dollah dan Pn. Norizzah bt Hj. Samat.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan hari guru tahun 2011 di SK Sungai Kelamah. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna dan ikhlas. Terima kasih juga kepada semua yang memberikan sumbangan.

Saturday, July 31, 2010

KARNIVAL 1 MALAYSIA

Tarikh : 31 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

SKSK telah mengadakan Karnival 1 Malaysia dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan malaysia. Karnival ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga SKSK, semua penduduk dan sekolah yang berdekatan.

Objektif Karnival 1 Malaysia :
  • Mendidik masyarakat tentang elemen pendidikan dan kesihatan dalam kehidupan seharian dikalangan penduduk Felda
  • Mengukuhkan ukhwah antara masyarakat
  • Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan teknologi maklumat di zaman yang serba moden ini
  • Menggalakkan kecergasan badan melalui aktiviti sukan
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  • Pertandingan mewarna bagi kategori A : 7-8 tahun & B : 9-10 tahun
  • Berhibur bersama Ropi Cecupak
  • Ceramah Motivasi Lonjakan Saujana untuk pelajar
  • Kejohanan ragbi bawah 11 Tahun
  • Persembahan artis (kumpulan AXL's)
  • Penyampai hadiah
Selain itu terdapat juga pameran daripada Utusan Malaysia, Bank Rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin dan Pusat zakat Negeri Sembilan disamping gerai jualan guru dan orang luar yang menjadi pilihan semua.


Peraduan mewarna

Berhibur bersama Ropi Cecupak



Motivasi Perdana peserta Lonjakan Saujana Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah tampin


Ragbi bawah 11 tahun




Artis jemputan (kumpulan AXL's)


Pertandingan membuat gubahan


Gerai dan pameran turut diadakan


Derma darah






Penyampaian sijil dan hadiah

Friday, July 9, 2010

MESYUARAT KARNIVAL 1 MALAYSIA KAWASAN GEMAS


Tarikh : 9 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi

Satu mesyuarat telah diadakan pada hari jumaat mengenai karnival 1 Malaysia Kawasan Gemas anjuran SKSK dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan Malaysia. Segala program telah diaturkan dengan teliti agar acara dapat berjalan dengan lancar. Semua ahli jawatankuasa telah diberikan penerangan dan tugas masing-masing.

Banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti pelajar boleh membuka akaun simpanan I-Nuri yang akan diuruskan oleh Bank Rakyat. Setiap penyertaan akan menerima cenderahati seperti beg bank rakyat,pensil warna kelab nuri, alt permainan 'yoyo' kelab nuri, majalah kompilasi aktiviti kelab nuri, t-shirt I-Nuri dan set makanan pecuma.

Selain itu,terdapat pertandingan mewarna yang setiap peserta dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5. Terdapat hadiah menarik yang disediakan untuk peserta yang memenangi pertandinagn ini seperti wang tunai dan sebuah basikal.

Jualan juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi karnival ini. Banyak aktiviti akan dijalankan,oleh itu semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini yang akan berlangsung pada 31 Julai 2010.

Friday, July 2, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU GANTI (HADILAH & AZLINA)

Hari : Jumaat
Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : Kabin GPK


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan daripada Guru Besar serta ucapan daripada guru ganti (Hadilah dan Azlina)

Hadiah diberikan kepada guru Hadilah dan Azlina sebagai ganti atas segala jasa dan ilmu yang ditaburkan kepada pelajar SKSK

Guru dan staf yang hadir di jamuan perpisahan tersebut di samping terdapat perbincangan kecil yang dilakukan memandangkan keadaan yang mengizinkan dan semuanya dapat berkumpul.

Guru dan staff menjamu selera
Terima Kasih diucapkan kepada guru ganti (Hadilah dan Azlina) yang telah berkorban untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dan berbakti kepada SKSK walaupun hanya sementara. Jasa anda berdua akan dikenang.

Monday, March 22, 2010

SK SUNGAI KELAMAH SUKANTARA & ACARA PADANG


Minggu ini merupakan Mingguan Sukan Sekolah. Pada 23 dan 24 Mac 2010 telah diadakan Sukantara dan Acara Padang SK Sungai Kelamah yang bermula pukul 8.00 pagi di padang sekolah selepas sesi perhimpunan selesai. Acara padang dan Sukaneka yang dijalankan ialah:



  • Lari pecut 50 meter bagi lelaki dan perempuan di bawah umur 10 tahun
  • Lari pecut 50 meter bagi lelaki dan perempuan di bawah umur 12 tahun
  • Lompat jauh lelaki dan perempuan di bawah umur 10 tahun
  • Lompat jauh lelaki dan perempuan di bawah umur 12 tahun
  • Lontar peluru lelaki dan perempuan di bawah umur 10 tahun
  • Lontar peluru lelaki dan perempuan di bawah umur 12 tahun
Semua guru menjalankan sedikit latihan kepada para peserta rumah sukan bagi acara balapan sebagai persediaan akhir untuk hari kemuncak.

Acara padang dan sukantara ini berlangsung sehingga pukul 10.30 pagi. P&P dijalankan seperti biasa selepas waktu rehat.



Latihan lintas hormat

Friday, February 19, 2010

KEM BESTARI SOLAT


Seramai 180 orang murid yang terlibat

Murid lelaki sedang menunaikan solat

Murid perempuan sedang menunaikan solat

TARIKH : 18 FEBRUARI 2010
MASA : 1.00 - 5.00 PTG
TEMPAT : BILIK J-QAF


Perlaksanaan wuduk dan solat secara teori dan amali. Seramai 6 orang guru terlibat yang terdiri daripada guru J-QAF, guru GPI dan guru kelas agama petang.


Tujuannya :

Untuk memastikan semua murid sekolah rendah mengetahui dan memahami cara menunaikan solat yang sebaiknya dan dapat mengamalkannya.

PENGIKUT