Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Saturday, July 31, 2010

KARNIVAL 1 MALAYSIA

Tarikh : 31 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

SKSK telah mengadakan Karnival 1 Malaysia dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan malaysia. Karnival ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga SKSK, semua penduduk dan sekolah yang berdekatan.

Objektif Karnival 1 Malaysia :
  • Mendidik masyarakat tentang elemen pendidikan dan kesihatan dalam kehidupan seharian dikalangan penduduk Felda
  • Mengukuhkan ukhwah antara masyarakat
  • Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan teknologi maklumat di zaman yang serba moden ini
  • Menggalakkan kecergasan badan melalui aktiviti sukan
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  • Pertandingan mewarna bagi kategori A : 7-8 tahun & B : 9-10 tahun
  • Berhibur bersama Ropi Cecupak
  • Ceramah Motivasi Lonjakan Saujana untuk pelajar
  • Kejohanan ragbi bawah 11 Tahun
  • Persembahan artis (kumpulan AXL's)
  • Penyampai hadiah
Selain itu terdapat juga pameran daripada Utusan Malaysia, Bank Rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin dan Pusat zakat Negeri Sembilan disamping gerai jualan guru dan orang luar yang menjadi pilihan semua.


Peraduan mewarna

Berhibur bersama Ropi Cecupak



Motivasi Perdana peserta Lonjakan Saujana Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah tampin


Ragbi bawah 11 tahun




Artis jemputan (kumpulan AXL's)


Pertandingan membuat gubahan


Gerai dan pameran turut diadakan


Derma darah






Penyampaian sijil dan hadiah

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT