Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Friday, July 9, 2010

MESYUARAT KARNIVAL 1 MALAYSIA KAWASAN GEMAS


Tarikh : 9 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi

Satu mesyuarat telah diadakan pada hari jumaat mengenai karnival 1 Malaysia Kawasan Gemas anjuran SKSK dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan Malaysia. Segala program telah diaturkan dengan teliti agar acara dapat berjalan dengan lancar. Semua ahli jawatankuasa telah diberikan penerangan dan tugas masing-masing.

Banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti pelajar boleh membuka akaun simpanan I-Nuri yang akan diuruskan oleh Bank Rakyat. Setiap penyertaan akan menerima cenderahati seperti beg bank rakyat,pensil warna kelab nuri, alt permainan 'yoyo' kelab nuri, majalah kompilasi aktiviti kelab nuri, t-shirt I-Nuri dan set makanan pecuma.

Selain itu,terdapat pertandingan mewarna yang setiap peserta dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5. Terdapat hadiah menarik yang disediakan untuk peserta yang memenangi pertandinagn ini seperti wang tunai dan sebuah basikal.

Jualan juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi karnival ini. Banyak aktiviti akan dijalankan,oleh itu semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini yang akan berlangsung pada 31 Julai 2010.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT