Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Sunday, July 10, 2011

1 MURID 1 KECERGASAN

9 Julai 2011 (Sabtu)
Telah berlangsung majlis pelancaran sempena Bulan Kecergasan.
Majlis dimulakan dengan Ucapan Guru Besar SKSK, En. Mazlan bin Hj. Sulaiman, kemudian diikuti oleh ucapan YDP PIBG En. Ibrahim bin Pendek dan seterusnya ucapan perasmian bulan kecergasan SKSK oleh Pengurus FELDA Sungai Kelamah En Azmi.

Seterusnya...Acara teng-teng yang merupakan permainan yang melibatkan 2 kumpulan yang terdiri daripada 9 ahli bagi setiap kumpulan mengikut rumah sukan.

1 kumpulan berada di luar gelanggang manakala kumpulan lawan berada di dalam gelanggang sambil memegang riben. kumpulan yang berada diluar gelanggang perlu masuk ke dalam gelanggang dengan berketingting sebelah kaki dan menyentuh ahli di dalam gelanggang seterusnya merampas riben ahli tersebut.ahli diluar gelanggang bergilir-gilir masuk ke dalam gelanggang. tempoh masa permainan ialah 2 minit.

Selepas rehat, aktiviti diteruskan dengan acara galah panjang namun pertandingan galah panjang terpaksa ditangguhkan dan diganti dengan acara kuiz kesihatan keranan hari hujan. murid dibenarkan pulang pada jam 12.00 tengahari.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT