Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Thursday, February 25, 2010

PERJUMPAAN TIGA PENJURU & PROGRAM MENTOR-MENTEE





Tarikh: 24 Februari 2010
Hari: Rabu
Masa: 3.00petang
Tempat: Bilik Makmal Komputer

Friday, February 19, 2010

KEM BESTARI SOLAT


Seramai 180 orang murid yang terlibat

Murid lelaki sedang menunaikan solat

Murid perempuan sedang menunaikan solat

TARIKH : 18 FEBRUARI 2010
MASA : 1.00 - 5.00 PTG
TEMPAT : BILIK J-QAF


Perlaksanaan wuduk dan solat secara teori dan amali. Seramai 6 orang guru terlibat yang terdiri daripada guru J-QAF, guru GPI dan guru kelas agama petang.


Tujuannya :

Untuk memastikan semua murid sekolah rendah mengetahui dan memahami cara menunaikan solat yang sebaiknya dan dapat mengamalkannya.

Sunday, February 7, 2010

CORETAN SEJARAH


Terletak di Felda Sungai Kelamah (RKTP) kira-kira 44 km dari
Bandar Tampin dan 14 km dari Pekan Gemas. Di bawah
naungan PPD Tampin / Rembau yang meneraju agenda
pendidikan merentasi tamadun dunia, sekaligus memartabatkan
pendidikan bertaraf global.

Mula beroperasi 13 Mei 1968 berbekalkan sebuah bangunan
yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah kantin, tandas, 2 unit
rumah guru Kelas G dan padang permainan. Bahtera sekolah
Dikemudi oleh En. Mohammad B. Sigot AMN, PJK, PKL
berdayungkan 4 orang guru dan 82 orang murid. Jejak awal
nyata berhasil, bilangan murid akhirnya mencecah 215 orang
akhir tahun tersebut.

MISI & VISI

MISI
Membangunkan POTENSI individu
melalui PENDIDIKAN BERKUALITI
VISI

Sekolah UNGGUL penjana
generasi GEMILANG

Saturday, February 6, 2010

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Saya selaku Guru Besar SK. Sungai Kelamah, komited dan berhasrat memantapkan kepimpinan Instruktional pentadbir, memperkukuhkan jati diri guru melalui permuafakatan serta meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid, disamping menjadikan sekolah ini tempat bertugas yang selesa, kondusif dan selamat.
Sekolah ini berusaha untuk mencapai kualiti dan realiti menuju kecemerlangan sebagai yang dicatatkan dalam visi sekolah akan terlaksana. Disamping melahirkan murid-murid yang berkualiti, berpengetahuan, berketrampilan, bermaklumat dan berakhlak mulia.
Melalui Perancangan Strategik yang dicetuskan, kerjasama kukuh yang dijalinkan dikalangan warga sekolah, PIBG dan komuniti setempat, saya optimis dan percaya hasrat mencapai matlamat sekolah akan tercapai dengan jayanya.
Saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan juga program-program yang telah dirancangkan.
Harapan saya, marilah kita bersama-sama berganding bahu, berkongsi idea dan berlabuh layar kejayaan agar hasrat dan impian untuk melahirkan murid yang berkualiti dan modal insan insan berminda kelas pertama, warga negara yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara menjadi realiti.
TERIMA KASIH.



BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang Menurut Perintah,
(EN. MAZLAN B. HJ. SULAIMAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah

PENGIKUT