Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Sunday, July 10, 2011

1 MURID 1 KECERGASAN

9 Julai 2011 (Sabtu)
Telah berlangsung majlis pelancaran sempena Bulan Kecergasan.
Majlis dimulakan dengan Ucapan Guru Besar SKSK, En. Mazlan bin Hj. Sulaiman, kemudian diikuti oleh ucapan YDP PIBG En. Ibrahim bin Pendek dan seterusnya ucapan perasmian bulan kecergasan SKSK oleh Pengurus FELDA Sungai Kelamah En Azmi.

Seterusnya...Acara teng-teng yang merupakan permainan yang melibatkan 2 kumpulan yang terdiri daripada 9 ahli bagi setiap kumpulan mengikut rumah sukan.

1 kumpulan berada di luar gelanggang manakala kumpulan lawan berada di dalam gelanggang sambil memegang riben. kumpulan yang berada diluar gelanggang perlu masuk ke dalam gelanggang dengan berketingting sebelah kaki dan menyentuh ahli di dalam gelanggang seterusnya merampas riben ahli tersebut.ahli diluar gelanggang bergilir-gilir masuk ke dalam gelanggang. tempoh masa permainan ialah 2 minit.

Selepas rehat, aktiviti diteruskan dengan acara galah panjang namun pertandingan galah panjang terpaksa ditangguhkan dan diganti dengan acara kuiz kesihatan keranan hari hujan. murid dibenarkan pulang pada jam 12.00 tengahari.

1 MURID 1 SUKAN

Aktivti larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia telah berlangsung pada 2 Julai 2011.
Aktivti bermula seawal jam 7.00 pagi dengan senamrobik, menonton ucapan pelancaran di TV RTM dan seterusnya tepat jam 7.45pagi, larian serentak 1 Malaysia telah berlangsung.


Antara aktiviti yang berlangsung selepas larian tersebut ialah pertandingan bola jaring (P) antara rumah sukan dan juga pertandingan bola sepak (L) antara rumah sukan.
Aktiviti tamat pada jam 12.00 tengahari dan murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sunday, June 26, 2011

Kejohanan Sukan Tahun Kali ke-33 Tahun 2011

Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah akan menjalan kejohanan sukan tahunan kali ke-33 pada tahun 2011.
pelbagai acara sukan untuk murid dan ibu bapa serta para belia Felda Sungai Kelamah.
Acara akan diadakan pada 28 Jun 2011 iaitu pada hari Selasa bermula jam 2.30 petang.
Bersama-samalah kita menyokong sukan sekolah.
Kepada para ibu bapa dan warga Felda Sungai Kelamah, dijemput hadir memriahkan majlis dan menyokong generasi muda....

Acara yang bakal dijalankan semasa kejohanan ialah:

A: ACARA SUKANEKA MURID

  1. LARI BAWA BOLA TAHUN 1 LELAKI
  2. LARI JUNJUNG PUNDI KACANG TAHUN 1 PEREMPUAN
  3. LARI BAWA BOLA PING PONG TAHUN 2 PEREMPUAN
  4. LARI SUSUN TIN TAHUN 2 LELAKI
  5. MEMBALING SASARAN (GELUNG) TAHUN 3 PEREMPUAN
  6. MEMBALING SASARAN (BOLA) TAHUN 3 LELAKI
  7. LARI SKIPPING TAHUN 4 PEREMPUAN
  8. LARI GELEK TAYAR TAHUN 4 LELAKI
  9. BALING PUNDI KACANG TAHUN 5 PEREMPUAN
  10. LARI GELEK TAYAR TAHUN 5 LELAKI
  11. LARI BAWA BOLA DENGAN KAYU HOKI TAHUN 6 PEREMPUAN
  12. TEROMPAH GERGASI TAHUN 6 LELAKI.
B: ACARA BALAPAN
  1. 4 X 100 m (P) 
  2. 4 X 100 m (L)
  3. 100 m (P) TAHUN 5
  4. 100 m (L) TAHUN 5
  5. 100 m (P) TAHUN 6
  6. 100 m (L) TAHUN 6
C: ACARA SUKANEKA IBU BAPA, PEGAWAI DAN BELIA


  1. ACARA KAUM IBU
  • KUPAS KELAPA DENGAN PARANG
  • JUNJUNG PUNDI KACANG ATAS DAHI
    2. ACARA KAUM BAPA
  • KUKUR KELAPA
  • BAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU
    3.  ACARA PEGAWAI

  • KERUSI BERIRAMA (L)
  • KERUSI BERIRAMA (P)
    4.   ACARA BELIA

  • SUSUN BATU BATA (L)
  • TIUP BELON SAMPAI PECAH (P)
    5.   ACARA GURU / PIBG

  • CARI 5 BARANG TERSEMBUNYI
BERSAMA-SAMALAH KITA MEMERIAHKAN KEJOHANA SUKAN SK SUNGAI KELAMAH....
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI...

Monday, June 20, 2011

Kebakaran di SKSK

SKSK, Khamis (16 Mei 2011)
Bangunan baharu SKSK (Tingkat 3) telah mengalami kebakaran kecil di bilik GPM (Di dalam Perpustakaan SKSK)
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat namun begitu...dijangkakan kebakaran berpunca dari litar pintas.
Sekian.

Selamat Menduduki Ujian Canang kepada Pelajar Tahun 6

Selamat menduduki Ujian Canang kepada semua Pelajar Tahun 6 SKSK. Semoga semuanya dapat mejawab dengan tenang.
tarikh ujian canang : 21 Mei 2011 hingga 23 Mei 2011

Sunday, May 22, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan pertengahan Tahun 2011

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 (PKSR 1) kepada semua murid SK Sungai Kelamah 'RKTP'.
Semoga semuanya dapat menjawab soalan dengan baik.



Semoga berjaya

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Pada Tanggal 16 Mei setiap tahun, seluruh negara menyambut Hari Guru yang mana meraikan guru- guru di seluruh Malaysia..Pelbagai aktiviti yang dijalankan mengeratkan lagi hubungan diantara guru dan warga sekolah.
16 Mei 2011, SK Sungai Kelamah juga tidak ketinggalan menyambut hari yang penuh bermakna ini..
Majlis sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan terbuka SKSK dengan diiringi paluan kompang dari pasukan kompang SKSK


sejurus selesai bacaan ucapan pengarah pelajaran dan menteri Pelajaran malaysia serta ucaapn YDP PIBG, GB,dan wakil murid, guru-guru SKSK berikrar dan menyanyikan lagu guru malaysia dan lagu tema hari guru 2011.


majlis rasmi ini diakhiri dengan sesi fotografi yang diabadikan oleh EN. FIKRY BIN ADNAN. dan juga EN. KAMALLUDIN BIN NORDIN.

Acara seterusnya adalah acara sukaneka. antara acara yang dipertandingkan ialah Boling kampung, Kain pelikat sape ni?? dan Opocot ..Mak kau!Basah...terdapat juga acara bermain bola sepak antara guru dan murid dengan memakai kain pelikat.

Acara kemuncak sambutan haru guru 2011 SKSK ialah acara penyampaian hadiah, persembahan dan anugerah. terdapat 4 persembahan ari murid iaitu pertunjukan pakaian beragam tahap 1, nyanyian lagi terima kasih guru dari murid tahun 4, tarian lagu jatuh cinta lagi dari murid tahun 5A dan bacaan sajak oleh murid tahun 6, Ariena hanis.

Anugerah guru Popular disandang oleh Pn. Ema Malisa bt Mohd Kamal dan En. Mohamad bin Bidin. Manakala anugerah Tokoh guru 2010 pula disandang oleh En. Mohd Khairulhafizan bin Dollah dan Pn. Norizzah bt Hj. Samat.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan hari guru tahun 2011 di SK Sungai Kelamah. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna dan ikhlas. Terima kasih juga kepada semua yang memberikan sumbangan.

Friday, March 18, 2011

Guru / Staf Yang Berpindah

Pada tahun ini tiga orang guru SK Sungai Kelamah telah berpindah ke sekolah baru dan seorang fasilitator "schoolnet" telah tamat perkhidmatan di SK Sungai Kelamah.
Terima kasih diucapkan kepada keempat-empat insan yang telah berbakti sepenuh tenaga dalam menaikkan nama sekolah.

1. En. Rosly bin Mat Johare (GPK Hem) telah berpindah ke SK di Selangor
2. En. Mohd Zuwairimuzri Adha bin Ibrahim telah berpindah ke SK Tuanku Besar, Tampin
3. Pn. Rokiah bt Ahmat telah berpindah ke SK Jelai 2 (F)

dan seorang FS yang telah tamat kontrak yang masa selama perkhidmatannya banyak membantu dan menyumbang kepada sekolah iaitu Pn. Marliha bt Sahat.

teruskan kecemerlangan anda !!!

Selamat Bercuti Pertengahan Penggal Pertama 2011

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SK Sungai Kelamah 'RKTP'
Semoga kehadiran selepas cuti diiringi dengan azam dan semangat yang membara dalam menaikkan nama sekolah!!

PENGIKUT