Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Saturday, July 31, 2010

KARNIVAL 1 MALAYSIA

Tarikh : 31 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

SKSK telah mengadakan Karnival 1 Malaysia dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan malaysia. Karnival ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga SKSK, semua penduduk dan sekolah yang berdekatan.

Objektif Karnival 1 Malaysia :
  • Mendidik masyarakat tentang elemen pendidikan dan kesihatan dalam kehidupan seharian dikalangan penduduk Felda
  • Mengukuhkan ukhwah antara masyarakat
  • Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan teknologi maklumat di zaman yang serba moden ini
  • Menggalakkan kecergasan badan melalui aktiviti sukan
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  • Pertandingan mewarna bagi kategori A : 7-8 tahun & B : 9-10 tahun
  • Berhibur bersama Ropi Cecupak
  • Ceramah Motivasi Lonjakan Saujana untuk pelajar
  • Kejohanan ragbi bawah 11 Tahun
  • Persembahan artis (kumpulan AXL's)
  • Penyampai hadiah
Selain itu terdapat juga pameran daripada Utusan Malaysia, Bank Rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin dan Pusat zakat Negeri Sembilan disamping gerai jualan guru dan orang luar yang menjadi pilihan semua.


Peraduan mewarna

Berhibur bersama Ropi Cecupak



Motivasi Perdana peserta Lonjakan Saujana Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah tampin


Ragbi bawah 11 tahun




Artis jemputan (kumpulan AXL's)


Pertandingan membuat gubahan


Gerai dan pameran turut diadakan


Derma darah






Penyampaian sijil dan hadiah

Friday, July 9, 2010

MESYUARAT KARNIVAL 1 MALAYSIA KAWASAN GEMAS


Tarikh : 9 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi

Satu mesyuarat telah diadakan pada hari jumaat mengenai karnival 1 Malaysia Kawasan Gemas anjuran SKSK dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan Malaysia. Segala program telah diaturkan dengan teliti agar acara dapat berjalan dengan lancar. Semua ahli jawatankuasa telah diberikan penerangan dan tugas masing-masing.

Banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti pelajar boleh membuka akaun simpanan I-Nuri yang akan diuruskan oleh Bank Rakyat. Setiap penyertaan akan menerima cenderahati seperti beg bank rakyat,pensil warna kelab nuri, alt permainan 'yoyo' kelab nuri, majalah kompilasi aktiviti kelab nuri, t-shirt I-Nuri dan set makanan pecuma.

Selain itu,terdapat pertandingan mewarna yang setiap peserta dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5. Terdapat hadiah menarik yang disediakan untuk peserta yang memenangi pertandinagn ini seperti wang tunai dan sebuah basikal.

Jualan juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi karnival ini. Banyak aktiviti akan dijalankan,oleh itu semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini yang akan berlangsung pada 31 Julai 2010.

Friday, July 2, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU GANTI (HADILAH & AZLINA)

Hari : Jumaat
Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : Kabin GPK


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan daripada Guru Besar serta ucapan daripada guru ganti (Hadilah dan Azlina)

Hadiah diberikan kepada guru Hadilah dan Azlina sebagai ganti atas segala jasa dan ilmu yang ditaburkan kepada pelajar SKSK

Guru dan staf yang hadir di jamuan perpisahan tersebut di samping terdapat perbincangan kecil yang dilakukan memandangkan keadaan yang mengizinkan dan semuanya dapat berkumpul.

Guru dan staff menjamu selera
Terima Kasih diucapkan kepada guru ganti (Hadilah dan Azlina) yang telah berkorban untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dan berbakti kepada SKSK walaupun hanya sementara. Jasa anda berdua akan dikenang.

PENGIKUT