Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Sunday, May 22, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan pertengahan Tahun 2011

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 (PKSR 1) kepada semua murid SK Sungai Kelamah 'RKTP'.
Semoga semuanya dapat menjawab soalan dengan baik.



Semoga berjaya

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Pada Tanggal 16 Mei setiap tahun, seluruh negara menyambut Hari Guru yang mana meraikan guru- guru di seluruh Malaysia..Pelbagai aktiviti yang dijalankan mengeratkan lagi hubungan diantara guru dan warga sekolah.
16 Mei 2011, SK Sungai Kelamah juga tidak ketinggalan menyambut hari yang penuh bermakna ini..
Majlis sambutan dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan terbuka SKSK dengan diiringi paluan kompang dari pasukan kompang SKSK


sejurus selesai bacaan ucapan pengarah pelajaran dan menteri Pelajaran malaysia serta ucaapn YDP PIBG, GB,dan wakil murid, guru-guru SKSK berikrar dan menyanyikan lagu guru malaysia dan lagu tema hari guru 2011.


majlis rasmi ini diakhiri dengan sesi fotografi yang diabadikan oleh EN. FIKRY BIN ADNAN. dan juga EN. KAMALLUDIN BIN NORDIN.

Acara seterusnya adalah acara sukaneka. antara acara yang dipertandingkan ialah Boling kampung, Kain pelikat sape ni?? dan Opocot ..Mak kau!Basah...terdapat juga acara bermain bola sepak antara guru dan murid dengan memakai kain pelikat.

Acara kemuncak sambutan haru guru 2011 SKSK ialah acara penyampaian hadiah, persembahan dan anugerah. terdapat 4 persembahan ari murid iaitu pertunjukan pakaian beragam tahap 1, nyanyian lagi terima kasih guru dari murid tahun 4, tarian lagu jatuh cinta lagi dari murid tahun 5A dan bacaan sajak oleh murid tahun 6, Ariena hanis.

Anugerah guru Popular disandang oleh Pn. Ema Malisa bt Mohd Kamal dan En. Mohamad bin Bidin. Manakala anugerah Tokoh guru 2010 pula disandang oleh En. Mohd Khairulhafizan bin Dollah dan Pn. Norizzah bt Hj. Samat.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan hari guru tahun 2011 di SK Sungai Kelamah. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna dan ikhlas. Terima kasih juga kepada semua yang memberikan sumbangan.

PENGIKUT