Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa 2013

      “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa"

[Al Baqarah:183]

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 
BERBUKA PUASA 
&
SOLAT HAJAT 
SEMPENA PROGRAM IHYA'RAMADHAN

Tarikh : 1 Ogos 2013
Hari : Khamis
Tempat : SK Sg Kelamah (F)

Anjuran 
Panitia Pendidikan Islam 
SK Sungai Kelamah (F)
73400 Gemas
Negeri Sembilan Darul Khusus

Aturcara
Majlis Khatam Al-Quran Berbuka Puasa & Solat Hajat 1434 H/2013M


6.20 petang
Ketibaan Murid-Murid dan AJK PIBG

6.35 petang
Majlis khatam Al Quran

7.25 petang
  Berbuka Puasa

7.40 petang
Solat Maghrib
Solat Hajat (UPKK & UPSR)

8.38 malam
Solat Isyak Dan Solat Terawih

10.40 malam
Moreh

11.00 malam
Bersurai

Ahli Jawatankuasa Induk
Majlis Khatam Al-Quran Berbuka Puasa & Solat Hajat 1434 H/2013M
 PENGERUSI

EN MAZLAN BIN HJ SULAIMAN
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI

PN ROBIAH BINTI CHE ZIN
(GPK HAL EHWAL MURID)

NAIB PENGERUSI 1

PN NIRMALA DEVI A/P MARIAPPAN (GPK  KURILKULUM)

NAIB PENGERUSI 2

PN ZARINA BINTI ZAINAL
(GPK KO KURIKULUM)

PENYELARAS

PN NORIAH BT SENIN

SETIAUSAHA

PN SITI HAJAR BT MAAMOR

BENDAHARI

PN NORHAYATI BT MD AMIN

AHLI JAWATANKUASA

EN MOHD KARIM BIN KADIR
PN KHAIRANI BT ISMAIL
PN AZIYAH BT RAMBLY

Ahli Jawatankuasa Kerja
Majlis Khatam Al-Quran Berbuka Puasa & Solat Hajat 1434 H/2013M
 PENGACARA MAJLIS
En Mohd Marzuki bin Husin


MAM & MAJLIS KHATAM QURAN
Ustaz Mohd Khoir bin Saidina Abu Bakar


BUKU PROGRAM
Pn Khairani binti Ismail


PA SISTEM
En Sharizal bin Piai


PERSIAPAN TEMPAT(Sebelum Majlis)
Pn Noriah binti Senin
En Mohd Nawawi bin Ahmad
Pn.Nor Hanizah Bt Hj Adam
Pn Norfaradila binti Abdullah


PERSIAPAN TEMPAT(Selepas Majlis)
Pn Siti Hajar binti Maamor
En Mohd Khairul Hafizan
Pn Maslinda bt Mohammad
En .Azizul Hakim bin Idris
En. Mohd Azli Bin Aziz
Pn Nor Anisa bt Abu Bakar
Pn.Zaimah Bt Ngaiman

 KAWALAN MURID
En Azril Farid bin Abdullah
Pn Norlela bt Abd Hamid
Pn Che Maznah binti Kasim
Pn.Azmira Aina Bt Mohd Arif

PERALATAN
En Mohd Karim bin Kadir
En Mohd Azli bin Aziz

CENDERAHATI
Puan Khairani binti Ismail
Pn Norhayati bt Md Amin
Cik Meriam bt Daud
Pn .Thilageswari a/p Kanagasingam

JURUGAMBAR
En Mohd Marzuki bin Husin

JAMUAN
Pn.Norizah bt Hj Samad
Pn.Zainon Bt Buyong
Pn. Ema Malisa Bt M. Kamal
Pn.Amy Rosmiza Bt Rosli
Pn. Intan Syafinaz Bt M.Kamal
Pn. Azilawati Bt Daud

JAMUAN MOREH
Semua Guru

 DOKUMENTASI
Pn Aziyah bt Rambly

       “Sesungguhnya di surga ada pintu yang dinamakan Ar Rayyan, yang akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, dan tidak ada yang memasuki melaluinya kecuali mereka. Dikatakan: “Mana orang-orang yang berpuasa? Maka mereka berdiri, dan tidak ada yang memasukinya seorang pun kecuali mereka. Jika mereka sudah masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak ada lagi seorang pun yang masuk melaluinya.”

(HR. Bukhari No. 1797, 3084, Muslim No. 1152,
At Tirmidzi No. 762, Ibnu Majah No. 1640)

Sunday, July 28, 2013

Percubaan UPSR

Bermula 29 julai 2013 sehingga 31 Julai 2013, Murid-murid tahun 6 akan menjalani peperiksaan percubaan UPSR.

Pada masa yang sama, murid-murid tahun 4 dan 5 juga menjalani ujian bulan Julai.

Thursday, July 25, 2013

Guru Bertukar

Bermula 1 Julai 2013, seorang guru SKSK iaitu En. Kamalludin bin Nordin telah bertukar ke SK Pernu, Melaka.

Tuesday, February 7, 2012

Selamat Menjalani sesi persekolahan 2012

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani sesi persekolahan 2012

Update Terbaru.

Salam
harap maaf kepada semua yang menginguti perkembangan blog ini kerana sudah sekian lama tidak dikemaskini.ini kerana blog ini tidak dapat di akses tanpa sebarang sebab.
insyaAllah akan dikemaskini mulai sekarang untuk sesi persekolahan 2012
sekian.

Sunday, July 10, 2011

1 MURID 1 KECERGASAN

9 Julai 2011 (Sabtu)
Telah berlangsung majlis pelancaran sempena Bulan Kecergasan.
Majlis dimulakan dengan Ucapan Guru Besar SKSK, En. Mazlan bin Hj. Sulaiman, kemudian diikuti oleh ucapan YDP PIBG En. Ibrahim bin Pendek dan seterusnya ucapan perasmian bulan kecergasan SKSK oleh Pengurus FELDA Sungai Kelamah En Azmi.

Seterusnya...Acara teng-teng yang merupakan permainan yang melibatkan 2 kumpulan yang terdiri daripada 9 ahli bagi setiap kumpulan mengikut rumah sukan.

1 kumpulan berada di luar gelanggang manakala kumpulan lawan berada di dalam gelanggang sambil memegang riben. kumpulan yang berada diluar gelanggang perlu masuk ke dalam gelanggang dengan berketingting sebelah kaki dan menyentuh ahli di dalam gelanggang seterusnya merampas riben ahli tersebut.ahli diluar gelanggang bergilir-gilir masuk ke dalam gelanggang. tempoh masa permainan ialah 2 minit.

Selepas rehat, aktiviti diteruskan dengan acara galah panjang namun pertandingan galah panjang terpaksa ditangguhkan dan diganti dengan acara kuiz kesihatan keranan hari hujan. murid dibenarkan pulang pada jam 12.00 tengahari.

1 MURID 1 SUKAN

Aktivti larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia telah berlangsung pada 2 Julai 2011.
Aktivti bermula seawal jam 7.00 pagi dengan senamrobik, menonton ucapan pelancaran di TV RTM dan seterusnya tepat jam 7.45pagi, larian serentak 1 Malaysia telah berlangsung.


Antara aktiviti yang berlangsung selepas larian tersebut ialah pertandingan bola jaring (P) antara rumah sukan dan juga pertandingan bola sepak (L) antara rumah sukan.
Aktiviti tamat pada jam 12.00 tengahari dan murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Monday, June 20, 2011

Kebakaran di SKSK

SKSK, Khamis (16 Mei 2011)
Bangunan baharu SKSK (Tingkat 3) telah mengalami kebakaran kecil di bilik GPM (Di dalam Perpustakaan SKSK)
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat namun begitu...dijangkakan kebakaran berpunca dari litar pintas.
Sekian.

Selamat Menduduki Ujian Canang kepada Pelajar Tahun 6

Selamat menduduki Ujian Canang kepada semua Pelajar Tahun 6 SKSK. Semoga semuanya dapat mejawab dengan tenang.
tarikh ujian canang : 21 Mei 2011 hingga 23 Mei 2011

Friday, March 18, 2011

Guru / Staf Yang Berpindah

Pada tahun ini tiga orang guru SK Sungai Kelamah telah berpindah ke sekolah baru dan seorang fasilitator "schoolnet" telah tamat perkhidmatan di SK Sungai Kelamah.
Terima kasih diucapkan kepada keempat-empat insan yang telah berbakti sepenuh tenaga dalam menaikkan nama sekolah.

1. En. Rosly bin Mat Johare (GPK Hem) telah berpindah ke SK di Selangor
2. En. Mohd Zuwairimuzri Adha bin Ibrahim telah berpindah ke SK Tuanku Besar, Tampin
3. Pn. Rokiah bt Ahmat telah berpindah ke SK Jelai 2 (F)

dan seorang FS yang telah tamat kontrak yang masa selama perkhidmatannya banyak membantu dan menyumbang kepada sekolah iaitu Pn. Marliha bt Sahat.

teruskan kecemerlangan anda !!!

Tuesday, August 17, 2010

MESYUARAT KHAS SEMPENA MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT CALON UPSR TAHUN 2010 & MAJLIS KHATAM PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 18 Ogos 2010
Hari : Rabu
Tempat : Kabin GPK SK. Sg Kelamah
Masa : 2.15 petang
SEMUA STAFF DIKEHENDAKI HADIR

PENGIKUT