Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, November 10, 2010

KEPUTUSAN UPSR


TAHNIAH!!!! Pelajar yang berjaya dalam UPSR dan yang GAGAL,teruskan usaha....

Sunday, October 3, 2010

PROGRAM LEPAS UPSR TAHUN 6 2010

1. Sukan & Permainan (Futsal bagi murid lelaki & Hoki bagi murid perempuan)
Tarikh : 27 September 2010 - 8 Oktober 2010
(Pertandingan pada 6-7 Oktober 2010)

2. Tayangan Patriotik
28 September 2010 - 30 September 2010
Tempat : Makmal ICT

3. Kebudayaan
- Dikir Barat
- Tarian Zapin
- Nasyid
- Ulik Mayang
- Kompang
Tarikh : 11 Oktober 2010 - 15 Oktober 2010

4. Ujian Kecergasan

5. Mural/ Canting/ Hasil seni / Lain
Tempat : Sekitar kawasan sekolah/ dinding dibahagian sekolah

6. Ceramah Kesihatan & Kesedaran
Tarikh : 27 Oktober 2010
Tempat : Makmal ICT

7. Lawatan sambil belajar
Tempat : Pulau Pinang
Tarikh : 5 November 2010 - 7 November 2010

8. Aktiviti Bahasa ( sempena bulan Bahasa Negara)
- Pidato
- Sajak
- Syair
- Bercerita

9. Jamuan Akhir Tahun & Majlis Perpisahan
Tarikh : 18 November 2010

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

SeL4M4T MeNJ4L4Ni PePErIkS44N UPSR KeP4D4 PeL4J4R T4HuN EnAM

MOGA PELAJAR DAPAT BUAT YANG TERBAIK & MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG........


Wednesday, September 1, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT UPSR DAN BERBUKA PUASA 2010

Tarikh : 1 September 2010
Hari : Rabu
Masa : 2.15 petang hingga 7.30 malam
Tempat : Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah
Aktiviti :2.30 - Majlis khatam Al-quran
3.15 - Majlis bacaan Yaasin calon peperiksaan UPSR
- Solat sunat Hajat Peperiksaan & Solat Asar
5.00 - Program Ihya Ramadha Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah

Monday, August 30, 2010

PROGRAM SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN

Tarikh : 30 Ogos 2010
Hari : Isnin

Anjuran : Panitia Kajian Tempatan & Panitia Muzik


Aturcara Majlis Persembahan :

1. Koir 1 Bestari - Tajuk : Malaysia Berjaya
2. Duet Tahun 2 Lelaki - Tajuk : Tanggal 31 Ogos
3. Duet Tahun 2 Perempuan - Tajuk : Warisan
4. Tahun 3 - Tajuk : Joget Canggung Malaysia
5. Koir Tahun 5 Arif - Tajuk : Kemegahan Negaraku



1 MALAYSIA
MENJANA TRANFORMASI

Wednesday, August 18, 2010

TAHNIAH
" Tahniah dan selamat berpindah diucapkan kepada GPK 1,Pn. Latifah Binti Samad dan GPK Ko-korikulum, En. Mat Zelan Bin Yusoff. Semoga dapat menjalankan tugas yang diberikan di sekolah baru bersama guru baru, staff baru dan murid baru dengan lebih baik. "

Tuesday, August 17, 2010

MESYUARAT KHAS SEMPENA MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT CALON UPSR TAHUN 2010 & MAJLIS KHATAM PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 18 Ogos 2010
Hari : Rabu
Tempat : Kabin GPK SK. Sg Kelamah
Masa : 2.15 petang
SEMUA STAFF DIKEHENDAKI HADIR

Wednesday, August 11, 2010

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Tarikh : 11 Ogos 2010 - 3 September 2010
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 7.45 - 9.15 - Tadarus mengikut kumpulan
&
Hari : jumaat
Masa : 7.45-8.15 - Tazkirah
: 8.15 - 9.15 - Tadarus mengikut kumpulan
Tempat : SK Sungai Kelamah


MATLAMAT

1. Memupuk kesedaran menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarak
2. Meningkatkan amalan-amalan di bulan Ramadhan Al-Mubarak
3. Menambahkan pengetahuan tentang bulan Ramadhan Al-Mubarak
4. Mengamalkan ibadat-ibadat sunat di bulan ramadhan Al-Mubarak
5. Menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan di dunia dan akhirat



OBJEKTIF

1. Memahami dan menghayati pengertian puasa Ramadhan
2. Mengetahui dan mengamalkan amalan-amalan sunat di bulan ramadhan secara secara istiqamah (konsisten).
3. Menghayati dan mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran di bulan Ramadhan
4. Menjalankan ibadah puasa dengan lebih sempurna.

*AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

1) TAHUN 6 – HAFAZ SURAH AS-SYAMS
2) TAHUN 5 (P) – HAFAZ SURAH AL-LAIL
TAHUN 5 (L) – LAUNGAN AZAN
3) TAHUN 4 – HAFAZ DOA QUNUT
4) TAHUN 3 – HAFAZ TAHIYAT AKHIR
5) TAHUN 2 – HAFAZ DOA IFTITAH
6) TAHUN 1 – HAFAZ DOA LEPAS WUDUK



TAZKIRAH SEMPENA RAMADHAN

Tarikh Nama
13.08.2010 Cik Amy Rosmiza Rosli

20.08.2010 Ustaz Mohd Karim

27.08.2010 Ustaz Marzuki

03.09.2010 Ustazah Siti Hajar

*PANITIA MENYEDIAKAN HADIAH BAGI SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN
RAMADHAN AL-MUBARAK


"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA WARGA SKSK"

Saturday, July 31, 2010

KARNIVAL 1 MALAYSIA

Tarikh : 31 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

SKSK telah mengadakan Karnival 1 Malaysia dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan malaysia. Karnival ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga SKSK, semua penduduk dan sekolah yang berdekatan.

Objektif Karnival 1 Malaysia :
  • Mendidik masyarakat tentang elemen pendidikan dan kesihatan dalam kehidupan seharian dikalangan penduduk Felda
  • Mengukuhkan ukhwah antara masyarakat
  • Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan teknologi maklumat di zaman yang serba moden ini
  • Menggalakkan kecergasan badan melalui aktiviti sukan
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  • Pertandingan mewarna bagi kategori A : 7-8 tahun & B : 9-10 tahun
  • Berhibur bersama Ropi Cecupak
  • Ceramah Motivasi Lonjakan Saujana untuk pelajar
  • Kejohanan ragbi bawah 11 Tahun
  • Persembahan artis (kumpulan AXL's)
  • Penyampai hadiah
Selain itu terdapat juga pameran daripada Utusan Malaysia, Bank Rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin dan Pusat zakat Negeri Sembilan disamping gerai jualan guru dan orang luar yang menjadi pilihan semua.


Peraduan mewarna

Berhibur bersama Ropi Cecupak



Motivasi Perdana peserta Lonjakan Saujana Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah tampin


Ragbi bawah 11 tahun




Artis jemputan (kumpulan AXL's)


Pertandingan membuat gubahan


Gerai dan pameran turut diadakan


Derma darah






Penyampaian sijil dan hadiah

Friday, July 9, 2010

MESYUARAT KARNIVAL 1 MALAYSIA KAWASAN GEMAS


Tarikh : 9 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi

Satu mesyuarat telah diadakan pada hari jumaat mengenai karnival 1 Malaysia Kawasan Gemas anjuran SKSK dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan Malaysia. Segala program telah diaturkan dengan teliti agar acara dapat berjalan dengan lancar. Semua ahli jawatankuasa telah diberikan penerangan dan tugas masing-masing.

Banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti pelajar boleh membuka akaun simpanan I-Nuri yang akan diuruskan oleh Bank Rakyat. Setiap penyertaan akan menerima cenderahati seperti beg bank rakyat,pensil warna kelab nuri, alt permainan 'yoyo' kelab nuri, majalah kompilasi aktiviti kelab nuri, t-shirt I-Nuri dan set makanan pecuma.

Selain itu,terdapat pertandingan mewarna yang setiap peserta dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5. Terdapat hadiah menarik yang disediakan untuk peserta yang memenangi pertandinagn ini seperti wang tunai dan sebuah basikal.

Jualan juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi karnival ini. Banyak aktiviti akan dijalankan,oleh itu semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini yang akan berlangsung pada 31 Julai 2010.

Friday, July 2, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU GANTI (HADILAH & AZLINA)

Hari : Jumaat
Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : Kabin GPK


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan daripada Guru Besar serta ucapan daripada guru ganti (Hadilah dan Azlina)

Hadiah diberikan kepada guru Hadilah dan Azlina sebagai ganti atas segala jasa dan ilmu yang ditaburkan kepada pelajar SKSK

Guru dan staf yang hadir di jamuan perpisahan tersebut di samping terdapat perbincangan kecil yang dilakukan memandangkan keadaan yang mengizinkan dan semuanya dapat berkumpul.

Guru dan staff menjamu selera
Terima Kasih diucapkan kepada guru ganti (Hadilah dan Azlina) yang telah berkorban untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dan berbakti kepada SKSK walaupun hanya sementara. Jasa anda berdua akan dikenang.

Sunday, June 27, 2010

KEM MOTIVASI CEMERLANG DAN SKOR 5A

Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Jun 2010
Masa : 8.00 pagi
Peceramah : En. Noor Azmi Bin Che Lah
(Kaunselor SMK Bukit Rokan Gemencheh)



Semoga dengan adanya kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat membakar semangat pelajar tahun enam belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang.
5A DI GENGGAMAN...INSYAALAH

Saturday, June 26, 2010

SENARAI PROGRAM MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010
1. Motivasi Cemerlang & Skor 5A
Tarikh : 26 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 11.30 pagi
Penceramah : En. Noor Azmi B. Che Lah
(Kaunselor SMK. Bukit Rokan)
2. Bengkel Menjawab Soalan B.Melayu Penulisan & Pemahaman
Tarikh : 3 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang
Penceramah : Pn. Faridah Binti Doya
(Guru Cemerlang Sk. Astana Raja, Rembau)
3.Bengkel Menjawab Soalan Matematik
Tarikh : 10 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Penceramah : En. Norzali Bin Baba
(GPK HEM SK. Pedas,Rembau)
4.Bengkel Menjawab Soalan Sains
Tarikh : 17 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Penceramah : En. Mohd Noor Bin Ibrahim
(Pemeriksa Kertas SK. Rokan)
5.Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Inggeris
Tarikh : 24 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Thursday, June 24, 2010

KUIZ MUTIARA FELDA
Masa : 8.00 pagi
Tarikh : 24 Jun 2010
Tempat : SK Jelai (F)
Pelajar : Tahun Enam
MATEMATIK
1. Ainol Rozaimi Bin Abd Rashid
2. Nur Syahirah Binti Johari
3. Nur Nabilah Binti Zanaruddin
B.INGGERIS (SPELLING)
1. Nur Adlin Adrina Binti Ab Razak
2. Nur farhana Binti Abdullah
3.Nurul Anis Nabihah Binti Abd Haliem
4. Nurul Atikah Binti Kaharuddin
SEMOGA BERJAYA!!!!!!!

Wednesday, June 23, 2010

MOTIVASI UNTUK TAHUN ENAM

Tajuk : Teknik Belajar Cemerlang Di Dalam Kelas
Tarikh : 24 Jun 2010
Masa : 3.30 petang
Tempat : Makmal Komputer

Tajuk yang ingin disampaikan oleh En. Zuwairimuzri Adha Bin Ibrahim dalam motivasi tersebut kepada pelajar tahun 6

Para pelajar sedang khusyuk mendengar motivasi ynag disampaikan

Semoga dengan adanya kursus atau motivasi seperti ini dapat menyedarkan para pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan di dalam UPSR akan datang.AMIN....

Tuesday, June 22, 2010

SESI PEMBELAJARAN BERMULA
SeL4m4T KeMB4Li Ke SeKOl4h
P&P BeRJ4L4N sEPeRTi BI4s4
ILMU PELITA HIDUP
TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI GURU DAN MURID

Sunday, June 6, 2010

CUTI PERSEKOLAHAN


SeL4mAT BErCutI Bu4T SeMu4 MuRiD & GUrU

SeMOg4 CuTi Ini MemB4w4 M4nF4AT kEp4D4 SemU4


dari 6 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010

Tuesday, June 1, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

SeMOg4 BErJ4Y4




Selamat menduduki PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN buat semua murid SK SUNGAI KELAMAH yang bermula 1 JUN 2010 hingga 4 JUN 2010.


Friday, May 21, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SKSK 2010


Pada 20 Mei 2010,sambutan Hari Guru telah diadakan di SKSK sempena Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2010. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi meraikan sambutan Hari Guru. Guru-guru begitu gembira sekali dengan segala aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan perhimpunan pagi, diiringi nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan diikuti senamrobik.


Senamrobik oleh guru-guru SKSK


Antara sukaneka yang dijalankan ialah bowling air, gelang ajaib, balin-baling sayang, kerusi berirama da hullahop.


Perlawanan bola baling diantara guru/staf dan murid lelaki juga merupakan aktiviti sempena sambutan Hari Guru.




Perlawanan bola baling diantara guru/staff dan murid perempuan


Setelah selesai sukaneka dijalankan,semua guru dan pelajar berkumpul di kantin SKSK untuk perasmian majlis sambutan Hari Guru tersebut. Ianya dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Karim bagi memberkati perjalanan sambutan Hari Guru dan diikuti dengan bacaan ikrar Hari Guru dan nyanyian sempena Hari Guru.


En. Rosly Bin Johari, GPK HEM membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran, manakala En. Mat Zelan Bin Yusof membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia, diikuti ucapan ketua murid kepada guru dan ucapan Guru Besar SKSK, En. Mazlan Bin Hj. Sulaiman.



Pesembahan daripada pelajar untuk guru SKSK



Wajah-wajah guru SKSK

Penyampaian hadiah dan sesi tukar hadiah
Guru Paling Popular Lelaki 2009 : En. Azril Farid
Guru Paling Popular Perempuan 2009 : Cik Meriam Daud

Pemotongan kek dan jamuan

Saturday, May 15, 2010

GOTONG- ROYONG PERDANA
Hari : Sabtu
Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8.30 pagi-11.00 pagi

Pelajar membersihkan kawasan sekolah mengikut zon-zon yang telah diberikan oleh guru. Menjamu selera setelah gotong-royong selesai.



Guru/staf bersama menghulurkan bantuan membersihkan kawasan sekolah.Menjamu selera setelah selesai aktiviti gotong-royong.

Wednesday, March 31, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

Tarikh: 31 Mac 2010
Hari: Rabu
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Sg. Kelamah

Ucapan daripada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin/Rembau

Ibu bapa/Penjaga/Guru yang hadir

Barisan Jawatankuasa PIBG

Penyampaian Cenderahati



Penyampaian Cabutan Tiket Bertuah

Thursday, March 25, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN & SUKANEKA KALI KE-32




Pada 24 Mac 2010, Rabu SK Sungai Kelamah 'RKTP' telah menganjurkan acara olahraga tahunan dan sukaneka kali ke-32 untuk tahun 2010 yang bertempat di padang SK Sungai Kelamah pada pukul 2.30 petang yang dirasmikan oleh Datuk Paduka Hajah Zainab Binti Nasir, ADUN Negeri Sembilan kawasan Gemas merangkap EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Kejohanan Sukan ini dimulakan dengan perbarisan Lintas Hormat dari Kontinjen rumah sukan yang terdiri daripada rumah sukan Dol Said, Tok Bahaman, Tun Perak dan diikuti oleh Mat Kilau. Seterusnya, acara olahraga akhir turut dijalankan turut dijalankan pada petang tersebut. Kejohanan sukan kali ini juga diselingkan dengan persembahan yang dibawakan khas dari Negeri Melaka disamping acara ibu bapa da pegawai.


Kontinjen Rumah Sukan ketika Perbarisan

Keputusan Kejohanan Olahraga ke-32:

Johan keseluruhan rumah : Dol said (Rumah Kuning

Naib johan keseluruhan rumah : Tok Bahaman (Rumah Hijau

Olahragawan : Azrul Ikmal Bin Raban (Rumah Kuning)

Olahragawati : Nur Hazatul Hazwani Binti Sa'ari (Rumah Kuning)

Para penerima pingat

Ibubapa/Guru dan Komuniti yang hadir memeriahkan Kejohanan Olahrag

SK Sungai Kelamah



Acara Komuniti

Persembahan taekwando dari Negeri Melaka

SK Sungai Kelamah mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada VIP, ibu bapa/penjaga yang datang untuk memeriahkan kejohanan kali ini. Terima kasih juga kepada semua penaja dan terima kasih juga kepada semua guru,murid-murid dan seluruh warga SKSK atas kerjasama kerana bertungkus lumus samada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan kali ke-32 pada tahun 2010 ini.

Monday, March 22, 2010

SK SUNGAI KELAMAH SUKANTARA & ACARA PADANG


Minggu ini merupakan Mingguan Sukan Sekolah. Pada 23 dan 24 Mac 2010 telah diadakan Sukantara dan Acara Padang SK Sungai Kelamah yang bermula pukul 8.00 pagi di padang sekolah selepas sesi perhimpunan selesai. Acara padang dan Sukaneka yang dijalankan ialah:



  • Lari pecut 50 meter bagi lelaki dan perempuan di bawah umur 10 tahun
  • Lari pecut 50 meter bagi lelaki dan perempuan di bawah umur 12 tahun
  • Lompat jauh lelaki dan perempuan di bawah umur 10 tahun
  • Lompat jauh lelaki dan perempuan di bawah umur 12 tahun
  • Lontar peluru lelaki dan perempuan di bawah umur 10 tahun
  • Lontar peluru lelaki dan perempuan di bawah umur 12 tahun
Semua guru menjalankan sedikit latihan kepada para peserta rumah sukan bagi acara balapan sebagai persediaan akhir untuk hari kemuncak.

Acara padang dan sukantara ini berlangsung sehingga pukul 10.30 pagi. P&P dijalankan seperti biasa selepas waktu rehat.



Latihan lintas hormat

Thursday, February 25, 2010

PERJUMPAAN TIGA PENJURU & PROGRAM MENTOR-MENTEE





Tarikh: 24 Februari 2010
Hari: Rabu
Masa: 3.00petang
Tempat: Bilik Makmal Komputer

PENGIKUT