Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Thursday, March 25, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN & SUKANEKA KALI KE-32




Pada 24 Mac 2010, Rabu SK Sungai Kelamah 'RKTP' telah menganjurkan acara olahraga tahunan dan sukaneka kali ke-32 untuk tahun 2010 yang bertempat di padang SK Sungai Kelamah pada pukul 2.30 petang yang dirasmikan oleh Datuk Paduka Hajah Zainab Binti Nasir, ADUN Negeri Sembilan kawasan Gemas merangkap EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Kejohanan Sukan ini dimulakan dengan perbarisan Lintas Hormat dari Kontinjen rumah sukan yang terdiri daripada rumah sukan Dol Said, Tok Bahaman, Tun Perak dan diikuti oleh Mat Kilau. Seterusnya, acara olahraga akhir turut dijalankan turut dijalankan pada petang tersebut. Kejohanan sukan kali ini juga diselingkan dengan persembahan yang dibawakan khas dari Negeri Melaka disamping acara ibu bapa da pegawai.


Kontinjen Rumah Sukan ketika Perbarisan

Keputusan Kejohanan Olahraga ke-32:

Johan keseluruhan rumah : Dol said (Rumah Kuning

Naib johan keseluruhan rumah : Tok Bahaman (Rumah Hijau

Olahragawan : Azrul Ikmal Bin Raban (Rumah Kuning)

Olahragawati : Nur Hazatul Hazwani Binti Sa'ari (Rumah Kuning)

Para penerima pingat

Ibubapa/Guru dan Komuniti yang hadir memeriahkan Kejohanan Olahrag

SK Sungai Kelamah



Acara Komuniti

Persembahan taekwando dari Negeri Melaka

SK Sungai Kelamah mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada VIP, ibu bapa/penjaga yang datang untuk memeriahkan kejohanan kali ini. Terima kasih juga kepada semua penaja dan terima kasih juga kepada semua guru,murid-murid dan seluruh warga SKSK atas kerjasama kerana bertungkus lumus samada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan kali ke-32 pada tahun 2010 ini.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT