Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Saturday, February 6, 2010

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Saya selaku Guru Besar SK. Sungai Kelamah, komited dan berhasrat memantapkan kepimpinan Instruktional pentadbir, memperkukuhkan jati diri guru melalui permuafakatan serta meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid, disamping menjadikan sekolah ini tempat bertugas yang selesa, kondusif dan selamat.
Sekolah ini berusaha untuk mencapai kualiti dan realiti menuju kecemerlangan sebagai yang dicatatkan dalam visi sekolah akan terlaksana. Disamping melahirkan murid-murid yang berkualiti, berpengetahuan, berketrampilan, bermaklumat dan berakhlak mulia.
Melalui Perancangan Strategik yang dicetuskan, kerjasama kukuh yang dijalinkan dikalangan warga sekolah, PIBG dan komuniti setempat, saya optimis dan percaya hasrat mencapai matlamat sekolah akan tercapai dengan jayanya.
Saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan juga program-program yang telah dirancangkan.
Harapan saya, marilah kita bersama-sama berganding bahu, berkongsi idea dan berlabuh layar kejayaan agar hasrat dan impian untuk melahirkan murid yang berkualiti dan modal insan insan berminda kelas pertama, warga negara yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara menjadi realiti.
TERIMA KASIH.



BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang Menurut Perintah,
(EN. MAZLAN B. HJ. SULAIMAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT