Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, August 11, 2010

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Tarikh : 11 Ogos 2010 - 3 September 2010
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 7.45 - 9.15 - Tadarus mengikut kumpulan
&
Hari : jumaat
Masa : 7.45-8.15 - Tazkirah
: 8.15 - 9.15 - Tadarus mengikut kumpulan
Tempat : SK Sungai Kelamah


MATLAMAT

1. Memupuk kesedaran menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarak
2. Meningkatkan amalan-amalan di bulan Ramadhan Al-Mubarak
3. Menambahkan pengetahuan tentang bulan Ramadhan Al-Mubarak
4. Mengamalkan ibadat-ibadat sunat di bulan ramadhan Al-Mubarak
5. Menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan di dunia dan akhirat



OBJEKTIF

1. Memahami dan menghayati pengertian puasa Ramadhan
2. Mengetahui dan mengamalkan amalan-amalan sunat di bulan ramadhan secara secara istiqamah (konsisten).
3. Menghayati dan mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran di bulan Ramadhan
4. Menjalankan ibadah puasa dengan lebih sempurna.

*AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

1) TAHUN 6 – HAFAZ SURAH AS-SYAMS
2) TAHUN 5 (P) – HAFAZ SURAH AL-LAIL
TAHUN 5 (L) – LAUNGAN AZAN
3) TAHUN 4 – HAFAZ DOA QUNUT
4) TAHUN 3 – HAFAZ TAHIYAT AKHIR
5) TAHUN 2 – HAFAZ DOA IFTITAH
6) TAHUN 1 – HAFAZ DOA LEPAS WUDUK



TAZKIRAH SEMPENA RAMADHAN

Tarikh Nama
13.08.2010 Cik Amy Rosmiza Rosli

20.08.2010 Ustaz Mohd Karim

27.08.2010 Ustaz Marzuki

03.09.2010 Ustazah Siti Hajar

*PANITIA MENYEDIAKAN HADIAH BAGI SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN
RAMADHAN AL-MUBARAK


"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA WARGA SKSK"

Saturday, July 31, 2010

KARNIVAL 1 MALAYSIA

Tarikh : 31 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

SKSK telah mengadakan Karnival 1 Malaysia dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan malaysia. Karnival ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga SKSK, semua penduduk dan sekolah yang berdekatan.

Objektif Karnival 1 Malaysia :
  • Mendidik masyarakat tentang elemen pendidikan dan kesihatan dalam kehidupan seharian dikalangan penduduk Felda
  • Mengukuhkan ukhwah antara masyarakat
  • Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan teknologi maklumat di zaman yang serba moden ini
  • Menggalakkan kecergasan badan melalui aktiviti sukan
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  • Pertandingan mewarna bagi kategori A : 7-8 tahun & B : 9-10 tahun
  • Berhibur bersama Ropi Cecupak
  • Ceramah Motivasi Lonjakan Saujana untuk pelajar
  • Kejohanan ragbi bawah 11 Tahun
  • Persembahan artis (kumpulan AXL's)
  • Penyampai hadiah
Selain itu terdapat juga pameran daripada Utusan Malaysia, Bank Rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin dan Pusat zakat Negeri Sembilan disamping gerai jualan guru dan orang luar yang menjadi pilihan semua.


Peraduan mewarna

Berhibur bersama Ropi Cecupak



Motivasi Perdana peserta Lonjakan Saujana Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah tampin


Ragbi bawah 11 tahun




Artis jemputan (kumpulan AXL's)


Pertandingan membuat gubahan


Gerai dan pameran turut diadakan


Derma darah






Penyampaian sijil dan hadiah

Friday, July 9, 2010

MESYUARAT KARNIVAL 1 MALAYSIA KAWASAN GEMAS


Tarikh : 9 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi

Satu mesyuarat telah diadakan pada hari jumaat mengenai karnival 1 Malaysia Kawasan Gemas anjuran SKSK dengan kerjasama Bank Rakyat dan Utusan Malaysia. Segala program telah diaturkan dengan teliti agar acara dapat berjalan dengan lancar. Semua ahli jawatankuasa telah diberikan penerangan dan tugas masing-masing.

Banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti pelajar boleh membuka akaun simpanan I-Nuri yang akan diuruskan oleh Bank Rakyat. Setiap penyertaan akan menerima cenderahati seperti beg bank rakyat,pensil warna kelab nuri, alt permainan 'yoyo' kelab nuri, majalah kompilasi aktiviti kelab nuri, t-shirt I-Nuri dan set makanan pecuma.

Selain itu,terdapat pertandingan mewarna yang setiap peserta dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5. Terdapat hadiah menarik yang disediakan untuk peserta yang memenangi pertandinagn ini seperti wang tunai dan sebuah basikal.

Jualan juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi karnival ini. Banyak aktiviti akan dijalankan,oleh itu semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini yang akan berlangsung pada 31 Julai 2010.

Friday, July 2, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU GANTI (HADILAH & AZLINA)

Hari : Jumaat
Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : Kabin GPK


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan daripada Guru Besar serta ucapan daripada guru ganti (Hadilah dan Azlina)

Hadiah diberikan kepada guru Hadilah dan Azlina sebagai ganti atas segala jasa dan ilmu yang ditaburkan kepada pelajar SKSK

Guru dan staf yang hadir di jamuan perpisahan tersebut di samping terdapat perbincangan kecil yang dilakukan memandangkan keadaan yang mengizinkan dan semuanya dapat berkumpul.

Guru dan staff menjamu selera
Terima Kasih diucapkan kepada guru ganti (Hadilah dan Azlina) yang telah berkorban untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dan berbakti kepada SKSK walaupun hanya sementara. Jasa anda berdua akan dikenang.

PENGIKUT