Selamat Melayari Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah 'RKTP'
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Friday, May 21, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SKSK 2010


Pada 20 Mei 2010,sambutan Hari Guru telah diadakan di SKSK sempena Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2010. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi meraikan sambutan Hari Guru. Guru-guru begitu gembira sekali dengan segala aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan perhimpunan pagi, diiringi nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan diikuti senamrobik.


Senamrobik oleh guru-guru SKSK


Antara sukaneka yang dijalankan ialah bowling air, gelang ajaib, balin-baling sayang, kerusi berirama da hullahop.


Perlawanan bola baling diantara guru/staf dan murid lelaki juga merupakan aktiviti sempena sambutan Hari Guru.




Perlawanan bola baling diantara guru/staff dan murid perempuan


Setelah selesai sukaneka dijalankan,semua guru dan pelajar berkumpul di kantin SKSK untuk perasmian majlis sambutan Hari Guru tersebut. Ianya dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Karim bagi memberkati perjalanan sambutan Hari Guru dan diikuti dengan bacaan ikrar Hari Guru dan nyanyian sempena Hari Guru.


En. Rosly Bin Johari, GPK HEM membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran, manakala En. Mat Zelan Bin Yusof membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia, diikuti ucapan ketua murid kepada guru dan ucapan Guru Besar SKSK, En. Mazlan Bin Hj. Sulaiman.



Pesembahan daripada pelajar untuk guru SKSK



Wajah-wajah guru SKSK

Penyampaian hadiah dan sesi tukar hadiah
Guru Paling Popular Lelaki 2009 : En. Azril Farid
Guru Paling Popular Perempuan 2009 : Cik Meriam Daud

Pemotongan kek dan jamuan

Saturday, May 15, 2010

GOTONG- ROYONG PERDANA
Hari : Sabtu
Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8.30 pagi-11.00 pagi

Pelajar membersihkan kawasan sekolah mengikut zon-zon yang telah diberikan oleh guru. Menjamu selera setelah gotong-royong selesai.



Guru/staf bersama menghulurkan bantuan membersihkan kawasan sekolah.Menjamu selera setelah selesai aktiviti gotong-royong.

PENGIKUT